bulgarian property
top header
Laman Utama Pusat Rawatan Jadual Rawatan Doa-doa Pilihan Arkib Berita Peta Darussyifa Bangi Hubungi Kami
Kenyataan Tuan Guru
Sila lihat video ini:


AHLI DARUSSYIFA'


BUKU TUAN GURU




SIAPA SEDANG ONLINE
Ketika ini ada, 102 pengunjung sedang online.

MENU UTAMA
  • Laman Utama
  • Baca Saya Dahulu
  • Pusat-Pusat Rawatan
  • Jadual Rawatan
  • Prosedur Rawatan
  • Asas Pengubatan
          Darussyifa'
  • Sejarah Darussyifa'
  • Keterangan Logo
  • Ahli Jawatankuasa
  • Jenis Rawatan
  • Aktiviti Persatuan
  • Unit Dakwah
  • Hubungi Kami
  • Peta Darussyifa Bangi
  • Keahlian Persatuan
  • Biodata Tuan Guru
  • Galeri Gambar
  • Kemusykilan Agama

  • MENU UNTUK AHLI
  • Pesanan Tuan Guru
  • Nasihat Pengerusi
  • Peraturan Persatuan
  • Pertahanan Diri
  • Asas 10 & Zikir
  • Panduan Mengambil
         Herba
  • Gambar Herba
  • Rakaman Kuliah

  • Borang
  • Borang Sesi 2012
  • Borang Program KIDS

  • ARKIB BERITA
  • Berita Tahun 2006
  • Berita Tahun 2007

  • ARTIKEL

    KOLEKSI CERPEN
  • Suatu Kisah Siri-1
  • Suatu Kisah Siri-2
  • Suatu Kisah Siri-3
  • Suatu Kisah Siri-4

  • MUAT TURUN AUDIO
    Koleksi Rakaman
    Kuliah dan Ceramah
    Oleh
    Tuan Guru Dato'
    Dr. Haron Din
    ---------------------------------

    MUAT TURUN PERISIAN
    Muat Turun (Download)
    Perisian Percuma
    ---------------------------------


    JUMLAH PAPARAN
    Kami sudah memaparkan
    7001380
    halaman sejak 3 April 2007

    ADMINISTRATOR
  • Admin Login
  • FTP Darussyifa ORG
  • FTP Ahli Darussyifa
  • PHP-NUKE Tools

  • BUKU TERBARU TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN (TERBITAN 2011)




    Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita



    SOALAN YANG SELALU DITANYA


    ==============================================
     SOALAN YANG SERING DITANYA OLEH ORANG RAMAI YANG INGIN MENDAPATKAN RAWATAN DI DARUSSYIFA' BANDAR BARU BANGI
    ==============================================

    1. Adakah saya perlu buat temujanji terlebih dahulu sebelum datang ke Darussyifa'? Jawapannya: TIDAK, Sila datang terus ke Darussyifa' mengikut waktu rawatan di Jadual Rawatan (Klik Di Sini) 

    2. Berapakan bayaran yang dikenakan untuk setiap rawatan? Jawapannya: TIDAK ADA BAYARAN. Perkhidmatan adalah PERCUMA. Terpulang kepada pesakit untuk menderma di peti tabung Darussyifa'.

    BUKU RUQYAH ASAS PENGUBATAN ISLAM

    Buku Terbaru Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

    Cover Buku Ruqyah Asas Pengubatan Islam
    Maklumat Lanjut Sila Klik Di Sini

    DOA' PILIHAN

    Satu ikhtiar untuk terhindar daripada segala bala bencana dan mala petaka daripada terkena kepada kita dan ahli keluarga kita, Sila amalkan doa berikut tiga kali di waktu pagi (selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu malam (selepas Solat Maghrib)

    Keberkesanan doa ini bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun di hati kita keraguan kepada pertolongan daripada Allah SWT.




    PENAFIAN:

    KENYATAAN PENAFIAN


    Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Rawatan Islam Darussyifa' tidak mempunyai hubung kait dengan Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Sungai Pusu, Gombak.

    Artis terkenal tanahair yang bernama Saudara Ashraf Muslim juga tidak pernah menjadi ahli Darussyifa'.
    Kenyataan ini dibuat kerana beberapa blog telah melaporkan bahawa Saudara Ashraf Muslim sekarang terlibat dengan rawatan Islam Darussyifa' Gombak.

    Sekian, dimaklumkan.

    Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Haji Jufry di 019-363 4124

    PENGUMUMAN: PERUTUSAN MAAL HUJRAH 1433H
    Perutusan Maal Hijrah oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din



    (Klik disini untuk baca sambungannya... | PENGUMUMAN | Nilai: 0)
    Dikirim oleh admin pada Thursday, 01 December 2011 (634 kali dibaca)

    Kenyataan Tuan Guru

    Kenyataan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

    "Adalah amat tidak benar saya pernah membuat satu usaha memindahkan jin dengan menggunakan bas. Tidak pernah berlaku dan tidak pernah saya buat kerja yang macam itu." - Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

    Sila lihat video ini:

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Friday, 18 November 2011 (1016 kali dibaca)

    “APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM”
    HALAQAH TV9 - “APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM”

     

    Program Halaqah TV9 yang disiarkan pada 15-Nov-2011 (Selasa) jam 10:00 mlm hingga 11:00 mlm menampilkan dua orang ahli panel iaitu Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dan Dato’ Dr. Hassan Ali.

     

    Untuk mengikuti rakaman video rancangan ini sila klik di youtube di bawah ini.

    Nota: Rancangan ini mengambil masa 51 minit dan dibahagikan kepada 4 bahagian;


    Bahagian Pertama:



    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 2641 byte lagi | Nilai: 4.6)
    Dikirim oleh admin pada Thursday, 17 November 2011 (697 kali dibaca)

    Sajak - "Guru Ku"

    Sajak - "Guru Ku"

    Guruku
    Engkaulah permata di pandangan
    Lemah tubuhmu lesu kelihatan
    Lantaran ujian kebesaran tuhan,
    Namun Semangatmu teguh meyakinkan
    Wajahmu bersinar dalam kesakitan

    Guruku
    Jika dapat ku rasai dan dikongsi
    Di saat sakit pedih, bersilih, kau diuji
    Ku tawar diri sebagai galang ganti
    Tanda cinta ku menjunjung ilahi
    Ketabahanmu terpancar walau sakit tidak terkira
    Sempit dadaku menahan sebak lara
    Hanya Allah tempat mengadu mencurah rasa
    Buat guruku yang cekal hati berjiwa angkasa

    Guruku
    Jasamu pada kami tiada tandingan
    Tiada harga sebagai nilaian
    Redhai kami ampunkan kesalahan
    Semoga Allah kurnia balasan

    Guruku
    Dirimu yang ku rasakan
    Mengenalimu suatu kelebihan
    Mendekatimu suatu keindahan
    Mencontohimu suatu kepuasan
    Ceria tawamu suatu kebahagiaan

    Keresahanmu suatu igauan
    Penderitaanmu suatu keperitan
    Kesakitanmu suatu kesedihan
    Ketabahanmu suatu perjuangan

    Guruku
    Engkaulah bapa engkaulah teman
    Ajaran, teguran, marahan ku jadikan pedoman
    Begitu agung dan tinggi tanda arasmu
    Tidak tergapai jejak langkahmu
    Namun ku cuba sedaya mampu

    Guruku
    Budimu menggunung tidak terkira
    Seiring bapaku yang memelihara
    Engkaulah harta anugerah yang esa
    Tidak terbayang jika engkau tiada

    Guruku
    Terima dan redhakanlah akan hamba
    Walau tercalit cacat dan cela
    Walau pernah terguris rasa
    Walau pernah memendam nestapa

    Guruku
    Janji setia telah ku lafazkan
    Pesananmu padu ku genggam
    Ajaranmu ku jadikan warisan, Nama mu
    Nama mu akan ku pertahankan

    Guruku
    Di saban waktu aku menyembam
    Kepada tuhan sekelian alam
    Agar dirimu diberi peliharaan
    Buat menyambung tugasan ehsan
    Mendidik kami di serata alam

    Nukilan rasa
    Abu Nasih
    Pusat Rawatan Darussyifa' Rawang
    No Ahli 0648
    14 Zulhijjah 1432 / 10 November 2011

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Tuesday, 15 November 2011 (341 kali dibaca)

    BUAL BICARA TOKOH ILMUWAN ISLAM
    Sumber: Sila Klik Di Sini


    BUAL BICARA TOKOH ILMUWAN ISLAM: Y. BHG. DATO' DR. HARON DIN
    Written by ICTpptm   
    Tuesday, 01 November 2011


    Program “Bual Bicara” adalah merupakan satu bentuk program santai dan tidak terlalu formal jika hendak dibandingkan dengan lain-lain majlis keilmuan seperti konvensyen, seminar, polemik, dialog dan sebagainya. Sasaran peserta bagi program ini adalah terdiri daripada golongan peringkat pertengahan merangkumi para pelajar IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s), persatuan-persatuan dan individu-individu yang berminat.

    Program ini diadakan secara kerjasama diantara Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor di bawah Unit Tamadun Islam dan Tradisi Ilmu,Bahagian Adat-Adat Melayu dan Warisan, Pusat Rawatan Perubatan Islam (Darussyifa) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memandangkan agensi-agensi tersebut mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang yang berkenaan.

    TUJUAN/OBJEKTIF

    Antara tujuan utama Program “Bual Bicara” ini diadakan adalah sepertimana berikut :-

    Ø  Mengetengahkan tokoh-tokoh di negeri Selangor dan sumbangan mereka dalam bidang ilmu keagamaan   dan dakwah Islamiah.

    Ø  Mempromosi dan menyebarkan hasil kajian serta cetusan intelektual tokoh-tokoh keagamaan di negeri Selangor kepada masyarakat umum.

    Ø  Meneruskan tradisi membudayakan pengkajian ilmu-ilmu agama Islam oleh tokoh-tokoh agama khususnya di Selangor.

    Ø  Menimbulkan kesedaran dan kecintaan masyarakat Islam hari ini terhadap peranan, sumbangan dan karya-karya yang telah dihasilkan oleh golongan ulama dan para cendiakawan Islam. 

     

    TARIKH DAN LOKASI            

    Program ini akan diadakan sebagaimana cadangan berikut :-           

    Tarikh               :          10 November, 2011 (Khamis)           

    Tempat              :          Auditorium Daeng Chelak,                                               

                                        Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.  

     

    AHLI PANEL

    Ahli-ahli panel yang dicadangkan bagi menjayakan majlis berbentuk keilmuan tersebut adalah sebagaimana berikut :-  

    Ø     PANEL 1  ·             Y. Bhg. Ustaz Hamdan b. Muda – Sahabat Y. Bhg. Tuan Guru

                         ·             Y. Bhg. Ustazah Salwa bt. Haron - Anak Y. Bhg. Tuan Guru

    Ø     PANEL 2           Y. Bhg. Dr. Abdullah bin Yusof (Panel 2)

                                 Pengamal Perubatan di Darussyifa’Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 

    Ø     PANEL 3                  Y. Bhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din (Tokoh)

                                Pengasas dan Penasihat Pusat Rawatan Pengubatan Islam (Darussyifa’)/Timbalan  Mursyidul   Am PAS

    Ø                                                  Y. Bhg. Ustaz Khadher bin Ahmad (Moderator) Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi       Pengajian Islam, Universiti Malaya

     

     

    Untuk Keterangan Lanjut,sila hubungi:

    1)Puan Rohayu bte Mohd Yunus

       Tel:0123090344

       Emel: rohayu@padat.gov.my

    2)Encik Mohd Sani bin Hj Suradi

       Tel:0163130430

       Emel: sanie@padat.gov.my

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 6977 byte lagi | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Thursday, 03 November 2011 (730 kali dibaca)

    PENGUMUMAN: Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Mengalami Serangan Sakit Jantung
    Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Mengalami Serangan Sakit Jantung (30-Julai-2011)

    Dukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din mengalami serangan sakit jantung sejak hari Sabtu, 30-Julai-2011. Beliau sekarang sedang mendapat rawatan di Institute Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

    Justeru itu, bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak ini, bulan dimana doa sangat mustajab, marilah kita sama-sama lakukan solat hajat dan berdoa mudah-mudahan Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.

    Doa Untuk Tuan Guru

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

    Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam, puji-pujian ke atas anugerah nikmat-nikmat-Nya dan Dialah yang menolak segala bala bencana dan kami bermohon dengan anugerah kelebihan-Nya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala kepujian sebagaimana yang selayaknya dengan kebesaran zat-Mu dan kemuliaan serta keagungan kekuasaan-Mu.

    Wahai Allah! Rahmatilah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda kesemuanya.

    Ya Allah, anugerahkanlah ke atas Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, penawar daripada penawar-Mu, kesembuhan daripada kesembuhan-Mu dan keberkatan daripada keberkatan-Mu, juga rahmat daripada rahmat-Mu terhadap penyakit-penyakit yang dialami olehnya, sembuhkanlah dia, sembuhkanlah dia, sembuhkanlah dia dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

    Kami bermohon kepada Allah yang maha agung , Tuhan yang memiliki Arasy yang agung agar Allah menyembuhkan Tuan Guru kami.

    Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui yang zahir dan yang rahsia daripada kami maka ampunilah kami, dan Engkau mengetahui hajat-hajat kami maka tunaikanlah hajat-hajat kami , ya Karim Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.

    Amin.

    Berikut adalah maklumat terkini yang diterima daripada anak sulung dan anak ketiga Tuan Guru (Dr. Huda & Puan Salwa).

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 9917 byte lagi | PENGUMUMAN | Nilai: 4.85)
    Dikirim oleh admin pada Thursday, 04 August 2011 (5249 kali dibaca)

    Majlis Pengijazahan Darussyifa' Pusat Kumpulan 22, 2-Januari-2011
    MAJLIS PENGIJAZAHAN PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’ BANDAR BARU BANGI KUMPULAN 22

    Majlis pengijazahan telah diadakan pada 2 Januari 2011 (27 Muharam 1432H) di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din .

    Seramai 243 graduan yang terdiri daripada 180 muslimin  dan 63 muslimat telah diijazahkan oleh YBhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tenghari.

    Berikut adalah gambar gambar majlis pengijazahan

    Pendaftaran graduan
    Pendaftaran Graduan Muslimin

    Pendaftaran graduan muslimat
    Pendaftaran Graduan Muslimat

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 4067 byte lagi | Nilai: 4.5)
    Dikirim oleh admin pada Saturday, 05 March 2011 (2986 kali dibaca)

    Tuan Guru Masuk Ke Dalam Kaabah Kali Ketiga
    Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Menjadi Tetamu Kerajaan Arab Saudi Memasuki Kaabah Kali Ketiga

    Pada hari Selasa, 21-Disember-2010M bersamaan 15-Muharam-1432H, kira-kira pukul 7:00 pagi waktu Makkah (waktu Malaysia 12:00 tgh), Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah diberi penghormatan bersama-sama tetamu kerajaan Arab Saudi yang lain memasuki ke dalam Kaabah.

    Ini adalah kali ketiga Tuan Guru berpeluang memasuki ke dalam Kaabah. Kali pertama pada tahun 2001, kali kedua 5 bulan yang lalu iaitu pada 1 Syaaban 1431H (13-Julai-2010).
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 1664 byte lagi | Nilai: 4.8)
    Dikirim oleh admin pada Wednesday, 22 December 2010 (7519 kali dibaca)

    TG Dato' Dr. Haron Din Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor

    Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H





    Ismail Hashim   

    SHAH ALAM, 7 Dis:
    Dato' Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.


    Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta melancarkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

    Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.

    "Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 6638 byte lagi | Nilai: 0)
    Dikirim oleh admin pada Tuesday, 07 December 2010 (2061 kali dibaca)

    PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA' BANGI SESSI 2011
    PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA'
    KUMPULAN KE-23 BANDAR BARU BANGI SESSI 2010/2011

    TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 OKTOBER 2010 @ 12:00 MALAM

    PERHATIAN:
    Bagi yang telah menyerahkan borang permohonan, sila hadir temuduga seperti berikut;

    Tarikh: 27 & 28 November 2010 (Sabtu & Ahad)
    Waktu Pendaftaran Untuk Temuduga : 8:30 pagi hingga 11:00 pagi

    Bagi yang hadir mendaftar untuk temuduga selepas 11:00 pagi, akan tidak dipertimbangkan.




    Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut;

    1. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap. Borang tersebut boleh dimuat turun di akhir mukasurat ini.

    2. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.

    3. Pemohon yang bukan warga Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

    4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping  gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan 1 keping sampul surat bersaiz 4"X 9" yang beralamat sendiri serta bersetem 50sen.
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 4030 byte lagi | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Saturday, 25 September 2010 (7071 kali dibaca)

    Majlis Eidul Fitri di Rumah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (12-Sep-2010)
    Majlis Ringkas Sambutan Hari Raya Eidul Fitri 2010 Di Rumah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Ahad 12-Sep-2010 @ 8:00 Mlm ~ 10:30 Mlm)

    Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah mengadakan majlis ringkas Sambutam Hari Raya Eidul Fitri di rumah beliau pada hari Ahad, 12-Sep-2010 bersamaan 3-Syawal-1431H dari jam 8:00 malam hingga 10:30 malam. Majlis ini telah diadakan di halaman belakang rumah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Tuan Guru kelihatan begitu sihat dan ceria di majlis ini.

    Dalam Majlis ringkas ini Tuan Guru telah menyampaikan ucapan selama 22 minit menceritakan tentang proses yang telah beliau lalui ketika rawatan jantung di Stanford Hospital, California USA. Untuk mendengar ucapan Tuan Guru ini sila <<<KLIK DISINI>>>


    Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Sedang Menyampaikan Ucapan di Majlis Sambutan Hari Raya Eidul Fitri Di rumah Beliau



    Di antara tetamu yang turut hadir ialah Ustaz Dato' Ismail Kamus
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 5505 byte lagi | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Monday, 13 September 2010 (2945 kali dibaca)

    PERKEMBANGAN RAWATAN JANTUNG TUAN GURU DI USA
    PERKEMBANGAN TERKINI RAWATAN JANTUNG TUAN GURU DI STANFORD HOSPITAL CALIFORNIA USA

    Kemaskini: Sabtu 11-Sep-2010 (2-Syawal-1431H) @ 3:26 PM



    Standford University Medical Centre


    31-Ogos-2010 @ 9:00 Pagi
    Tuan Guru Berjalan Masuk Ke Standford Hospital
    Untuk Menjalani Pemeriksaan Awal


    1-Sep-2010 @ 7:45 Pagi 
    Sedang Menunggu Untuk Pendaftaran Prosedur Angiogram
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 33480 byte lagi | Nilai: 4.5)
    Dikirim oleh admin pada Thursday, 02 September 2010 (6103 kali dibaca)

    Video & Gambar Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Berangkat Ke California
    Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Berangkat Dari KLIA Ke California Untuk Rawatan Jantung (28-Ogos-2010)

    28-Ogos-2010 KLIA, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din ditemani Isteri, anak-anak dan menantu bertolak dari KLIA untuk ke Stanford Hospital, California USA. Penerbangan dari KLIA ke San Francisco, California mengambil masa 22 jam dengan transit di Singapura dan Manila.

    Lebih 200 orang ahli-ahli Darussyifa' muslimin & muslimat, ahli keluarga serta saudara mara menghantar beliau di KLIA. Sebelum memasuki bilik berlepas khas VIP, Tuan Guru bersalaman dengan semua muslimin yang hadir diikuti dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Ustaz Hamdan. Setelah bacaan doa Tuan Guru menyampaikan ucapan. Untuk mendengar lafaz doa dan ucapan Tuan Guru ini sila ke link berikut http://www.youtube.com/watch?v=ka8zBtOVlQs


    Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Menitiskan Air Mata Ketika Doa' Dibacakan



    Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Menyampaikan Ucapan

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 4628 byte lagi | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Sunday, 29 August 2010 (3122 kali dibaca)

    MERAWAT BANGUNAN MAKTAB TERTERA DIRAJA SUNGAI BESI
    MERAWAT BANGUNAN MAKTAB TERTERA DIRAJA SUNGAI BESI

    Pada 14 Julai 2010, seramai hampir 40 orang perawat dari Darussyifa' telah pergi ke Maktab Tentera Diraja Sungai Besi bagi melakukan rawatan terhadap bangunan yang mempunyai masalah gangguan makhluk halus.

    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 1272 byte lagi | Nilai: 4.54)
    Dikirim oleh admin pada Sunday, 01 August 2010 (9415 kali dibaca)

    MAJLIS TAHLIL ARWAH BEKAS AHLI-AHLI DARUSSYIFA’
    MAJLIS TAHLIL ARWAH BEKAS AHLI-AHLI DARUSSYIFA’
    Pada 7 Julai 2010, Darussyifa Bandar Baru Bangi telah mengadakan satu majlis tahlil kepada arwah ahli-ahli Darussyifa’ yang telah kembali ke Rahmatullah. Majlis ini dipimpin oleh Tuan Guru sendiri. Majlis bermula selepas Maghrib dan setiap yang hadir dikehendaki membaca sejuzuk Al-Quran ataupun yasin. Seekor lembu ditumbangkan bagi menjamu hadirin yang hadir.
    (Klik disini untuk baca sambungannya... | 1383 byte lagi | Nilai: 5)
    Dikirim oleh admin pada Friday, 30 July 2010 (2066 kali dibaca)


    PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )

    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel. 03-89250443
    Email: alsyifa@streamyx.com

    Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi  ustaz-ustaz berikut;

    1. Ustaz Hisham (012-329 2792)
    2. Ustaz Jufry (019-363 4124)

    [Untuk Maklumat Klinik Rawatan Darussyifa' di Seluruh Malaysia SILA KLIK DISINI]
    [Untuk Jadual Waktu Rawatan di Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI] 
    [Untuk melihat Peta Lokasi Klinik Darussyifa' Bandar Baru Bangi SILA KLIK DISINI]

    Untuk Melihat Lokasi Darussyifa' dari Google Map, SILA KLIK DISINI


    Alamat Koperasi Darussyifa'

    KOPERASI DARUSSYIFA' BERHAD
    No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 
    Pertanyaan berkenaan Koperasi: Sila hubungi Haji Roslan: 019-2398573
    Fax: 03-89260343
    Email: kopdsyifa@gmail.com




    Laman web ini terbaik dipapar dengan menggunakan resolusi 1024x768.
    Laman Web ini dibangunkan dengan menggunakan PHP-Nuke (http://phpnuke.org/)